Wednesday, 24 August 2011

Tips : 10 cara ucap 'I LOVE YOU'

Heloww koranngg ! Hyee . hehe.

Ehh , amboih . amboih . kalau pasal CINTA-CINTA ni , cepat je korang erkk.

Huhu.. BEST ke , BERCINTA ?? korang pernah bercinta ke ? Bercinta dengan siapa ? Nak tahu jugakk . hehe . Tak lah . gurau je . Minah kepo betul ! haha .
Bagi siapa yang sedang bercinta tu , kalau korang nak tengok tips2 yang Una tulis kan ini . Hayati lah yer.

Untuk pengetahuan korang semua , mungkin , lepas ni pula , Una akan teruskan pula dengan tips-tips mengenai cinta . Una tahu , ada jugak yang tak berapa minat pasal benda ni semua kan ? Saja suka-suka je Una buat benda ni . Kalau korang tak suka . tak payah ler baca erk ^^

Melalui pembacaan Una , Una nak share sedikit lah dekat korang ,
10 Cara Nak Ucap " I LOVE YOU" ..


:51: Album Gambar
Beli sebuah album dan korang letakkan gambar korang dengan boy/girl korang tuh. Setiap muka surat , korang letak lah kata-kata yang indah . Baru lah lebih hayati ,and menarik kan ? Cuba lah ^^ Una pun ada buat satu ALBUM CINTA.
hehehe ^_^ . Tapi , my boyfie tak tahu , kalau dia tahu , mesti dia terharu. ohokk . Saja tak nak bagitawu . suprisee !
:h:



:60: Sekumtum Bunga
Ini bagi lelaki .. Letakkan sekumtum bunga di hadapan pintu rumahnya di pagi-pagi hari .. Mesti si dia seronok gila bila tengok bunga ada di di depan pintu rumah sebelum pergi keje or kolej . hehe .Walaupun harga sekumtum bunga itu agak murah tetapi nilainya pada si dia amatlah berharga dan lebih berharga daripada harga harta bendanya sendiri . hehe :h:


:54: Message Puzzle
Ini menarik untuk dipraktikkan . Tapi , Una tak buat lah lagi . hehe .Korang buat sebaris ayat cinta.. Kemudian potong kan nya , menjadi puzzle.. Berikan pada si dia untuk mencantumkannya. For sure korang takkan menyesal punya bila lihat reaksinya menyelesaikan puzzle tu. Wah , romantiknya ! :h:


:47: Puisi Romantik
Luahkan cinta korang tu melalui puisi atau madah ciptaan korang sendiri dan berikan kepadanya. Lebih baik lagi korang semburkan lah minyak wangi kesukaannya di atas kertas itu . Cara ini akan mengingatkan si dia pada kamu sentiasa. :h:


:33: Love List
Berikan si dia senarai atau 10 sebab kenapa korang mencintai si dia. Tuliskan dengan ikhlas dan jujur . Sebaiknya , korang hantarkan melalui pos kepadanya. Kalau korang hantarkan sendiri . ia nya tak menunjukkan ianya istimewa . Malah , perkara yang biasa je tuh . hehe . Cuba lah , pasti si dia , akan lebih mencintai diri korang . :h:


:27: Gambar Terbaik
Korang tengok balik gambar-gambar yang korang pernah 'snap' dengan si dia.. then korang carilah gambar yang cantik dan ada kenangan manis . orang Framekan gambar tersebut , dan hadiahkan kepada nya! Pasti si dia suka dan tersenyum melihatnya ! Try lah .hee~~ :h:


:108: Hadiah Buatan Sendiri
Bagi yang ada kelebihan menjahit , bolehlah korang gunakan kelebihan yang korang ada . Korang buatlah skaf untuk si dia .Tak pun , korang beli sapu tangan ke , jahit nama korang dengan si dia . Dan hadiahkan lah kepada nya . Una jamin , pasti dia suka melihatnya . Dan kepada orang lain yang tak tahu menjahit , korang boleh jugak buat kad sendiri yang cantik dan menarik . mesti si dia kagum dengan kamu . Dalam kad itu , boleh lah korang luahkan perasaan cinta kepada si dia . tengok , korang pulak , cubalah dengan cara ini yer. :h:


:81: Kongsi Rahsia

Ok , ini pun menarik . Korang beritahu lah rahsia korang kepada si dia yang tidak pernah korang beritahu pada sesiapa termasuklah mama n papa korang . Si dia pasti akan berasa bangga dan dihargai kerana korang begitu mempercayainya. Dengan cara ini , dia sudah yakin yang korang betul-betul mencintainya! :h:


:74: CD Lagu kegemarannya
Hadiahkan CD lagu kegemarannya . tetapi , biarlah yang berunsurkan cinta . Pasti dia menghayati lirik-lirik lagu yang kamu beri kepada nya . Kata kepada yang lagu itu , amat bererti bagi korang sebab ianya mewakili hati korang untuk si dia . hehe . meanrik kan ? :) :h:


:64: Menonton Wayang
Hehe , biarpun korang bercinta, namun ada jugak citara korang dengan si dia yang berbeza kan ? Apa kata , korang korban kan sedikit , untuk menonton movie kegemarannnya , biarpun korang berkorban , dari situ , si dia akan lebih sayang korang dan mengetahui ,bahawa korang benar-benar mencintainya. dan si dia yakin yang korang boleh mengikut ke mana saja kerana cinta korang tu. Dan lagi satu , bila dah tengok wayang tuh , jangan dibuang pulak tiket wayang tu . kumpul dan simpanalah . satu hari nnti , korang tunjukkan yang korang masih simpan lagi tiket-tiket wayang tu sbg kenangan korang dengan si dia ^^ :h:

Wahh . banyak kan tips-tips yang korang dah tahu macam mana nak ucapkan CINTa selain dengan MULUT. Ok . dah abis bacakan ?
Sila "COMMENT" taw? 
~Trimass~ :D

Thursday, 23 June 2011

Cinta Tak Semestinya Dimiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi...lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada...

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu....

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian...

Tapi...



Percayalah pada diri...

Selalunya cinta yang kita berikan seadanya

Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

cara orang disekeliling kita ingin memikat kita ! :D

Sebelum seseorang itu berkapel, sudah semestinya mesti ada salah sorang tu yang akan cuba memikat kan?
Mesti ada orang yang akan memulakan dulu dalam bab-bab berkapel ni.
Jadi di sini, saya ingin berkongsi dengan korang semua cara-cara bila seseorang itu cuba memikat diri kita.


1. Mula-mula, mesti la dia akan mintak no phone kita kan.
Tapi nak mintak tu kadang-kadang, ada yang mintak terus dari kita.
Ada yang mintak secara underground (maksudnyA, mintak dari kawan-kawan kita la).
Tak pun, menggunakan "intelligence" untuk mendapatkan no phone kitatu.


2. Selepas dah dapat no phone, apa lagi, dia mula buat-buat salah hantar mesej la, tersalah call la.
Then siap tanya ni no sape, etc. Padahal dia yang start dulu kan? Tak ke pelik tu.


3. Dia akan selalu mesej kita. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke, etc.
Then if tak puas lagi, die akan mesej-mesej dengan kita sehingga la pukul 2, 3 pagi.
Dalam ngantuk-ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar lagi.


4. Dah tu pulak, dah penat-penat nak mesej, dia akan terus call kita.
Konon cakap kredit banyak sangat sampai provider nak potong line dorang.
Tapi sebenarnye, nak dengar suara kita sebelum die tido.
Nak hilangkan rindu la katakan. Even masa tu kita still rasa takde pape lagi.


5. Then, tibe-tibe dia akan ajak kita keluar.
Keluar gi makan ke, keluar teman die belikan barang-barang dapur ke, ape ke.
Memang pandai dorang ni dalam bab-bab mengajak keluar.
Siap kalau takde kereta tu, sanggup pergi pinjam kereta kawan or sewa kereta.


6. Dah tu pulak, bile dah lama berkenalan, mula la dah tukar pulak status panggilan dalam mesej.
Bucuk-Comot la, Sayang-Abang la, Mama-Papa la, dan macam-macam lagi la panggilan.
Tapi rasa-rasa, Mama-Papa tu selalu orang guna selepas declare or dah lama kapel.


7. Dari situ pulak, mula la start mesej-mesej nakal.
Konon-konon nak bermanja la tu.
Even ada yang berkongsi masalah dan sama-sama fikirkan macam mana nak setelkan masalah tersebut.
Dalam masalah pun, dia still nak buat lawak untuk bagi kita happy.


8. Dan akhir sekali, sekiranya dia betul-betul nak pikat kita dia akan approch kita.
Tak tahu la spot mana dia nak amik sebagai tempat dia nak mendeclare tu.
Ada yang dalam telefon je, ada yang jumpa terus, ada yang sanggup datang malam-malam coz nak bersaksikan bulan ke,ape ke.
Tapi if dia betul-betul suka pada kita, dia akan cakap yang dia nak menjadikan kita sebagai pasangan hidup dia.


Namun begitu, tak semua yang akan berakhir dengan kegembiraan.
Ada yang apa yang kita harapkan, tidak menjadi.
Tapi apa salahnya. Even dia tidak menjadi milik kita, kita still boleh berkawan dengan dia kan kan?