Bila Perempuan Menangis
Pernahkan awak tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki?
Mungkin sebab awak sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah,
tetapi hanya apabila dia mula menyintai awak,
dia mula merendahkan egonya untuk awak semata-mata kerana awak.... ...
Apabila dia menangis di hadapan awak,
Apabila dia menangis kerana awak,
Pandanglah matanya,
Bolehkan awak rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan awak,
Hanya kerana awak?
Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.
Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana awak,
Mungkin sudah tiba masanya awak fikir kembali di mana silap awak,
Kerana hanya awak tahu jawapannya.
Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”
Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana awak,
janganlah awak membiarkan dia menangis keseorangan.
Beradalah disisi dia, menemani dia,
kerana dialah yang akan setia dengan awak sehingga akhir hayat awak.
Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana awak,
janganlah awak meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan awak.
Kerana awak akan merosakkan hidup dia.
Guys,
jangan pernah mengungkapkan rasa cinta awak kepada seorang perempuan,
selagi awak belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.
Kerana awak hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...
Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama,
tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.......
So renung-2 kan lah sebelum awak buad seorang perempuan itu menangis
Subscribe to:
Posts (Atom)